TEXT BERGERAK

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMKUT.... SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI TEL: 078611178, FAXS:078631272, ATAU EMAIL: jee1011_smkulutiram@yahoo.com

INFO SEMASA



*TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG BAIK DALAM PEPERIKSAAN STPM,SPM DAN PMR. DIHARAP DENGAN KEJAYAAN PELAJAR-PELAJAR KITA INI DAPAT MENDORONG ADIK-ADIK YANG MASIH LAGI BERJUANG DI SEKOLAH INI. DAN KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, DIHARAP JANGAN LEKAS PUTUS ASA. KEJAYAAN ADA DIMANA-MANA SAHAJA. JANGAN MUDAH MENGALAH. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA

*Kepada mana-mana guru, ibu-bapa yang mempunyai maklumat dan idea untuk meningkatkan lagi mutu blog sekolah ini boleh la menghantar sebarang maklumbalas dengan mengisi borang aduan/maklumbalas yang disediakan dibahagian bawah blog

*Kepada sesiapa yang mempunyai aduan tentang warga SMKUT boleh la mengisi borang aduan/maklumbalas dibawah

*Perhatian kepada guru
- Sila lengkapkan markah TOV, ETR dan markah ujian 1 di SAPS online : http://saps.moe.gov.my





PROFIL SEKOLAH


PROEFIL SEKOLAH
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
ALAMAT
SMK ULU TIRAM, 81800, ULU TIRAM, JOHOR
KOD
JEE1011
GRED
A
TELEFON
07-8611178
FAXS
07-8631272


VISI
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"

MISI
"MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI"





MATLAMAT SEKOLAH
 Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berkemahiran dan berketrampilan.

Melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdisiplin, berakhlak mulia, berdikari, kreatif dan inovatif.

Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.





FALSAFAH SEKOLAH
“Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan berhasrat melahirkan insan yang terbilang dari segi intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berpaksikan prinsip-prinsip Rukun Negara.”


OBJEKTIF SEKOLAH
1. Melahirkan murid yang berkualiti dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah.
2. Membentuk dan melahirkan insan yang beretika, bertanggungjawab serta berdisiplin.
3. Membentuk jati diri yang mantap dalam kalangan murid dalam mengharungi apa jua halangan.
4. Membentuk murid yang aktif , kreatif dan berinovatif.
5. Meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam setiap mata pelajaran.
6. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan kondusif.
7. Mencapai tahap pentadbiran pengurusan yang cekap dan berkesan.


LENCANA SEKOLAH
 Lencana SMKUT mengandungi cogan kata iaitu “ USAHA TETAP JAYA ” serta nama 
“ SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU TIRAM ”. Pemilihan warna adalah seperti  
berikut:


Biru             -         Melambangkan suasana ketenteraman disekitar sekolah

Merah        -        Melambangkan keberanian

Putih          -        Melambangkan kesucian

Kuning       -        Melambangkan kebanggaan


Gambar obor di tengah-tengah pula melambangkan semangat kesukanan dan kebanggaan dalam apa-apa yang diusahakan. Bunga Raya di sebelah kiri obor melambangkan bunga kebangsaan Malaysia, pokok kelapa sawit di sebelah kanan pula melambangkan hasil utama kawasannya dan tiga bulatan merupakan gabungan persahabatan dalam apa-apa jua sukan yang disertai. Perkataan J.B di sebelah kiri dan kanan obor pula memberikan maksud ibu negerinya, iaitu Johor Bahru.




LAGU SEKOLAH : USAHA TETAP JAYA

DI ATAS BUKIT YANG PERMAI DAN INDAH
TERSERGAM MEGAH BANGUNAN SEKOLAH
DENGAN TABAH DAN MUHIBAH ( 2 KALI )
MARILAH KITA MELANGKAH

KORUS :

SEKOLAH MENENGAH ULU TIRAM
MENJADI KEBANGGAAN
TEMPAT BELAJAR MENCARI ILHAM
MENEMPAH KEJAYAAN

KITA BERJANJI SEHATI SEJIWA
MENGHARUM NAMA SEKOLAH KITA
DENGAN IRINGAN COGAN KATA ( 2 KALI )
USAHA TETAP JAYA

( ULANG KORUS 2 KALI )

DICIPTA OLEH :
TN. SYED SULAIMAN B. ARIFFIN 

KOMEN DAN PANDANGAN

BORANG ADUAN/MAKLUMBALAS

Name:
Email Address:
Aduan/Maklumbalas

Click here to create your own form.